Powered By Blogger

Monday, January 11, 2010

Sirah Rasulullah SAW....




Di antara nama-nama baginda seperti yang disebutkan dalam sabda Rasulullah SAW

Aku adalah:

(i) Muhammad

(ii) Ahmad

(iii) Al Maahi (Penghapus segala kekafiran)

(iv) Al Haasyir (Pengempul manusia yang dikumpulkan kelak di bawah telapak kakiku)

(v) Al ‘Aaqib (Penutup semua kenabian)

(vi) Al Muqaffa (Yang dimuliakan)

(vii) Nabiyyut Taubah (Nabi yang membuka pintu taubat)

(viii) Nabiyyur Rahman (Nabi perbawa rahmat)

(ix) Nabbiyur Malhamah (Nabi yang memimpin peperangang)



Dalam Al-Quran, Allah menyebut Rasulullah dengan nama-nama sebagai berikut:

(i) Basyiiran (pembawa berita gembira)

(ii) Naziiran (Pemberi ancaman)

(iii) Siraajan Muniiaraa (Pelita yang terang)

(iv) Rauufan Rahiima (Pengasih dan penyayang)

(v) Rahmatan lil ‘Alamiin (Pembawa rahmat bagi seluruh alam)

(vi) Muhammad

(vii) Ahmad

(viii) Tahaa

(ix) Yassin

(x) Muzammil

(xi) Muddatstsir (Yang berselimut)

(xii) Abdullah (Hamba Allah)

(xiii) An Naziir Al Mubin (Pemberi peringatan yang nyata)

(xiv) Muzakkir (Pemberi peringatan)



TANDA-TANDA KENABIAN RASULULLAH


Ada beberapa tanda yang menunjukkan akan kenabian Nabi Muhammad SAW di antaranya iaitu:

1. Pembedahan Nabi Muhammad SAW

Pembedahan dada Rasulullah ini merupakan keistimewaan bagi baginda. Allah memerintahkan malaikat-Nya untuk membelah dada Nabi dengan tujuan membersihkan dan memberi cahaya Ilahi sebagai persiapan untuk menerima wahyu daripada Allah untuk diajarkan kepada umat manusia.

Pembedahan ini terjadi empat kali.
1.Pembedahan pertama terjadi ketika Rasulullah dalam penjagaan Halimah, ketika itu Nabi baru berumur empat tahun.
2.Pembedahan kedua ketika Rasulullah berumur 10 tahun.
3.Pembedahan ketiga ketika Rasulullah berumur 40 tahun iaitu ketika Jibril datang menemui baginda menjelang Nabi diangkat menjadi Rasul.
4.Pembedahan keempat terjadi iaitu pada malam Isra’ dan Mi’raj ketika Nabi ingin berangkat Isra’.

2. Khatamun Nubuwah (Cap Kenabian)

Para ulama berselisih dalam menentukan bentuknya. Menurut pendapat yang mahsyur tanda kenabian Khatamun Nubuwwah itu serupa dengan telur burung merpati. Iaitu berbentuk gumpalan daging yang timbul pada punggung sebelah kiri bahagian atas, memancarkan cahaya, terlibat berwibawa dan berbau wangi.

3. Bermimpi baik dan benar. Rasulullah tidak sekali-kali bermimpikan sesuatu, melainkan yang dimimpikan itu menjadi kenyataan.

4. Banyak lagi tanda-tanda kenabian baginda, termasuk yang telah diungkapkan dalam bahagian mukjizat Rasulullah SAW.

No comments:

Post a Comment